Thursday, November 26, 2009



ini dr buku kitab kuning nih..apapun,semoga ilmu yg disampaikan mendapat barakah dan diperpanjangkan penggunaannya.

PERJUMPAAN MINGGUAN PENGAKAP-tq en Khuzaimi (pengakap maran)

Seperti mana pertubuhan-pertubuhan lain, Pergerakan Pengakap juga mempunyai perjumpaan mingguannya. Melalui perjumpaan-perjumpaan ini, dapat kita menyampaikan ilmu berpengakap kepada ahli-ahli kita.
Perjumpaan mengguan Pengakap tidak memerlukan sebuah dewan atau bilik kuliah yang istimewa kerana kebanyakan aktiviti dijalankan di luar dewan.
Langkah-langkah tertentu adalah ditentukan pada setiap kali perjumpaan diadakan. Langkah-langkah ini perlu dijalankan dengan kemas dan teratur. Cara ini dapat menentukan kemajuan atau kemunduran sesuatu kumpulan Pengakap itu.

Langkah-langkah Perjumpaan:

1. Perjumpaan dimulakan dengan upacara mengibar atau menaikkan bendera.
1.1 Ahli-ahli kumpulan berdiri di dalam bentuk Ladam Kuda atau berhadapan (menghadap) tiangbendera.
1.2 Pemimpin, Penolong pemimpin dan Penceramah Jemputan berdiri di hadapan seiring dengan tiang bendera.
1.3 Pemimpin memeriksa kekemasan ahli. Ketika ini mereka berada dalam keadaan SEDIA.
1.4 Ketua Patrol bertugas akan mengibarkan bendera dengan penuh istiadat.
1.5 Lagu Kebangsaan atau Lagu Negeri akan dinyanyikan oleh semua ahli.
1.6 Bacaan doa – secara Islam oleh seorang ahli yang bertugas.

ATAU

Doa secara senyap dan bertafakur jika ahli-ahli kumpulan terdiri daripada ahli-ahli yang bukan beragama Islam.
1.7 Taklimat Pemimpin:-
1.7.1 Perkembangan berpengakap semasa.
1.7.2 Arahan-arahan yang perlu.

2. Program perjumpaan hendaklah dirancang dengan teliti sebelum sesuatu perjumpaan dijalankan. Pemimpin hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dimuatkan dalam program:-
2.1 Permainan ringan:
Permainan ini dijalankan untuk memanaskan badan ahli-ahli supaya mereka bersedia menerima atau mengikuti aktiviti seterusnya.
2.2 Mengulangkaji pelajaran minggu lepas:
Ulangkaji ini boleh dijalankan secara langsung atau tidak langsung. Melalui soaljawab, kuiz, silangkata atau permainan.
2.3 Nyanyian:
Pastikan lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu Pengakap. Melalui nyanyian ini dapat kita menarik minat ahli-ahli. Dengan ini juga dapat kita menghidupkan semula semangat ahli yang telah letih menjalankan aktiviti di awal perjumpaan tadi.
2.4 Menyampaikan pelajaran baru:
Sebelum pelajaran baru dijalankan, pastikan setiap ahli telah bersedia. Banyakkan aktiviti luar supaya tidak terasa jemu.
2.5 Permainan dan pertandingan:
Mengikut naluri kanak-kanak, mereka suka bermain. Kita majukan naluri ini dengan memberi bimbingan supaya aktiviti ini dapat dijalankan selaras dengan kehendak berpengakap. Jika perlu, permainan-permainan yang dijalankan ada hubungkait dengan aktiviti sebelumnya.
Contoh: Kim’s Games, mengesan bunyi, lumba lari sambil menyempurnakan simpulan Pengakap.
2.6 Kawad kaki:
Sebagai memenuhi syarat ahli-ahli dalam pasukan beruniform, latihan berkawad perlu diadakan pada setiap kali perjumpaan. Latihan diabuat mengikut susunan atau berperingkat-peringkat (ansurmaju). Malalui kawad kaki kita dapat melatih ahli Pengakap untuk memupuk semangat bekerjasama, menurut perintah dan berdisiplin.
2.7 Perjumpaan Ketua Patrol:

Perjumpaan Ketua Patrol ini dijalankan oleh ahli-ahli Pengakap sendiri. Ahli majlis ini terdiri daripada Ketua dan Penolong Ketua Patrol. Pemimpin berperanan sebagai penasihat.
Tugas majlis ini adalah:
2.7.1 Pemimpin menerima maklumat balas berhubung dengan masalah sesuatu Patrol.
2.7.2 Menyampaikan maklumat umum melalui Ketua-ketua Patrol.
2.7.3 Berbincang berkenaan dengan persediaan untuk perjumpaan akan datang (minggu hadapan).
2.7.4 Membincangkan tindakan yang perlu diambil keatas seseorang ahli yang melakukan kesalahan – jika ada.
2.7.5 Membincangkan hal ehwal kewangan untuk meluluskan sesuatu peruntukan bagi pelbagai perbelanjaan kumpulan.
2.7.6 Merangka sesuatu aktiviti yang lebih besar.
2.8 Upacara menurunkan bendera:
Upacara ini dijalankan sebagai tanda tamatnya perjumpaan pada hari tersebut. Dalam upacara ini, hendaklah disertakan dengan:
2.8.1 Taklimat ringkas daripada Pemimpin.
2.8.2 Berdoa – menandakan kesyukuran kita kepada Tuhan yang telah memberi rahmat di sepanjang perjumpaan.
2.8.3 Menurunkan bendera oleh Ketua Patrol bertugas.


3. Cara Menjalankan Perjumpaan Pengakap Remaja
Kaedah penyampaian: Teori, Demontrasi dan Praktikal.

3.1 Teori (½ jam)
3.1.1 Objektif:
a. Latihan berpengakap
b. Mengarah ahli kepada kesuburan rohani dan mental
c. Kesetiaan kepada Negara
d. Memupuk semangat kerjasana dan muhibah
e. Berdikari
3.1.2 Tujuan:
a. Latihan kemahiran berprogresif
b. Permainan
c. Mengajar mengikut skim latihan
d. Mengadakan ujian kemahiran
e. Mengembara
f. Latihan kewarganegaraan
g. Latihan kepimpinan
h. Disiplin melali berkawad
i. Kebudayaan
j. Kecemasan dan Pertolongan cemas
k. Merancang perkhemahan
l. Masakan
m. Latihan berdikari
n. Ikatan dan simpulan
o. Merintis
p. Khidmat masyarakat
q. Kraftangan
3.1.3 Pengendalian Perjumpaan Mingguan (1 ½ jam)
a. Perhimpunan (10 minit)
i. Mengibarkan Bendera,
ii. Doa,
iii. Taklimat Pemimpin,
iv. Kedatangan
v. Mengutip Yuran
b. Kawad Kaki (15 minit)
c. Latihan Kemahiran (30 minit)
i. Pelajaran Skim Latihan
d. Permainan (10 minit)
e. Perjumpaan Patrol (15 minit)
f. Nyanyian (10 minit)
g. Penutup:
i. Menurunkan Bendera
ii. Doa
iii. Bersurai

3.2 Demontrasi (½ jam)
Dua Patrol akan dipilih untuk menunjukkan satu contoh Perjumpaan Mingguan.

3.3 Latihan (½ jam)
3.3.1 Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut bilangan penceramah/fasilitator.
3.3.2 Peserta dikehendaki menjalankan satu perjumpaan mingguan sepenuhnya.

CATATAN
Penceramah dikehendaki mengawas latihan ini dan membetulkan (tunjukajar) kesalahan yang mungkin didapati.

4. Majlis Mesyuarat Pasukan

Dianggotai oleh wakil-wakil setiap Patrol (Ketua Patrol sahaja)
Merupakan ahli jawatankuasa perkhemahan (semua)
Komandan Kem (Pengerusi)
Pemimpin Pengakap (penasihat/pemerhati)
Membincangkan
kemajuan
laporan aktiviti/gerakerja
merancang sesuatu
Membuat laporan daripada ahli-ahli (mengemukakan pandangan ahli terhadap semua aturcara perkhemahan)
Membawa kembali cadangan
membawa kembali cadangan dan rancangan yang telah dibincangkataklimat Pemimpin Pengakap.
* Diadakan setiap malam sepanjang perkhemahan atau sebelum mengadakan perjumpaan mingguan.